Skip to main content

Bola Sepak

Allegri tagih aksi lebih baik daripada Juventus

allegri.jpg
FIORENTINA 0 JUVENTUS 2 

Juventus harus meningkatkan permainan mereka apabila menghadapi Tottenham Hotspur dalam pertembungan Liga Juara-Juara (UCL) minggu depan jika mereka berhasrat melangkau pusingan 16, kata Massimiliano Allegri.


Bianconeri menghangatkan kunjungan Spurs pada awal Rabu depan dengan kemenangan 2-0 ke atas Fiorentina dalam Serie A awal pagi tadi, dengan kemenangan itu juga membolehkan mereka kembali merampas tampuk teratas daripada Napoli. 

Keputusan awal pagi tadi tidak semudah yang disangka apabila Juve buntu untuk menembusi Fiorentina pada babak pertama.

Bekas tonggak Fiorentina, Federico Bernardeschi, akhirnya memecah kebuntuan sebelum Gonzalo Higuain terus menghukum tuan rumah. 

Walaupun gembira dengan kesabaran pasukannya dan kegarangan mereka di depan gol, Allegri mengakui mereka harus tampil lebih baik tatkala Harry Kane dan Spurs berkunjung ke Turin.

"Kemaraan adalah bagus, namun kami harus berhati-hati," katanya kepada Premium Sport.

"Spurs mempunyai teknik yang sangat baik tetapi aksi UCL sangat sengit.

"Kami mesti bermain dengan lebih baik," katanya.

Paulo Dybala terlepas kemenangan terbaru Juve itu dan Allegri masih tidak yakin sama ada pemain Argentina itu akan kekal di Eropah.

"Paulo bekerja dengan cara yang berbeza, kami harap dia akan kekal," katanya.

"Ia sangat sukar, saya tidak boleh mengambil risiko terhadapnya kerana dia pemain yang sangat penting dan kami memerlukannya dalam keadaan terbaik.

"Empat pemain kami tercedera, kami tidak boleh terburu-buru, kemudian kehilangan mereka lebih lama," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video