Tempoh Sam Allardyce sebagai pengurus England berakhir selepas hanya 67 hari berikutan kenyataannya dalam video yang dirakam oleh wartawan yang menyamar, demikian disahkan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA).
Satu kenyataan FA hari ini berbunyi: "FA mengesahkan Sam Allardyce telah meninggalkan jawatannya sebagai pengurus England.
"Kelakuan Allardyce, seperti yang dilaporkan hari ini, adalah tidak wajar bagi seorang pengurus England.
"Dia menerima bahawa dia telah membuat kesilapan besar dari segi penghakiman dan telah memohon maaf.
"Bagaimanapun, berdasarkan kesalahan serius yang dilakukannya, FA dan Allardyce saling bersetuju untuk menamatkan kontraknya berkuatkuasa serta-merta.
"Ini bukan satu keputusan yang diambil ringan tetapi keutamaan FA adalah untuk melindungi kepentingan lebih luas permainan ini, dan mengekalkan piawaian tertinggi tingkah laku dalam bola sepak.
"Pengurus pasukan lelaki senior England adalah satu kedudukan yang mesti menunjukkan kepemimpinan yang kuat dan menghormati integriti permainan ini pada setiap masa.
"Gareth Southgate akan mengendalikan pasukan senior lelaki untuk empat perlawanan seterusnya menentang Malta, Slovenia, Scotland dan Sepanyol sambil FA akan memulakan pencarian untuk pengurus England yang baru.
"FA mengucapkan selamat berjaya kepada Sam pada masa hadapan."
Allardyce, 61, meletak jawatan hari ini, selepas dia 'tertangkap' oleh wartawan yang menyamar sebagai pelabur, kemudian melaporkan skandalnya yang cuba 'mengelak' peraturan FA yang menghalang pihak ketiga daripada memiliki pemain.
Suara Allardyce dirakam secara rahsia, sedang memberi nasihat bagaimana untuk mengelakkan peraturan perpindahan serta mempersendakan suara pendahulunya, Roy Hodgson.
Allardyce dirakam memberitahu dua lelaki yang disangkakannya pelabur dari Timur Jauh dengan mengatakan ia tidak mustahil untuk "mengelak" peraturan FA yang menghalang pihak ketiga daripada memiliki pemain.
Lelaki berkenaan, bagaimanapun, adalah wartawan Telegraph yang menyamar.
Allardyce yang dilantik sebagai pengurus England pada Julai lalu, didakwa bersetuju dengan satu perjanjian bernilai 400,000 pound (RM2.147 juta) untuk mewakili firma pelabur palsu itu dengan menjadi pembentang ucapan dasar buat mereka sambil menyatakan kelulusan hendaklah terlebih dahulu diperoleh daripada FA.