Presiden Paris Saint-Germain (PSG), Nasser Al-Khelaifi, mempertahankan Thomes Tuchel dengan berkata dia masih mempunyai kepercayaan terhadap jurulatih itu walaupun pasukannya tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.
Gergasi Ligue 1 itu kecundang dalam pusingan 16 buat tiga tahun berturut-turut selepas dikejutkan Manchester United dengan kekalahan 1-3 di Paris.
Kekalahan di Parc Des Princes itu menyaksikan PSG disingkirkan menerusi peraturan gol laman lawan selepas kedudukan agregat terikat 3-3.
Kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah merupakan sesuatu yang diidam-idamkan PSG sejak dulu lagi dan kekalahan terbaru itu memberikan tekanan kepada Tuchel, yang pasukannya kini mendahului Ligue 1 dengan kelebihan 17 mata, namun Al-Khelaifi menegaskan ia bukan waktu yang sesuai untuk membuat keputusan terburu-buru.
"Saya percayakan jurulatih itu," katanya kepada L'Equipe.
"Kami akan melihat kepada keputusannya sama ada dia mahu ditukarkan atau tidak, namun ia bukan disebabkan kami tewas perlawanan ini.
"Kami perlu membuat keputusan dengan fikiran yang tenang, namun ini bukan masanya.
"Kami mahu bertenang.
"Kami perlu melihat apa yang jurulatih itu mahu lakukan. Ia amat penting," katanya.
PSG bernasib malang sebaik disingkirkan menerusi jaringan penalti Marcus Rashford pada minit ke-94.
Bagaimanapun, Al-Khelaifi berasakan jaringan pembukaan Romelu Lukaku seawal minit kedua mengakibatkan pasukannya hilang keyakinan.
"Semua pemain turun beraksi untuk memberikan keputusan yang baik.
"Selepas itu, Manchester United menjaringkan gol pada minit kedua.
"Pemain kami mula meragui kemampuan mereka. Saya dapat rasakan perkara itu.
"Namun, masih banyak perkara perlu dikaji," tambahnya.