LEICESTER 1 LIVERPOOL 2
Kesilapan mudah yang dilakukan penjaga gol Liverpool, Alisson, hampir menyekat pasukannya daripada meraih kemenangan keempat berturut-turut sebelum skuad kendalian Jurgen Klopp itu menewaskan Leicester City 2-1 di Stadium King Power, sebentar tadi.
Jaringan dalam babak pertama oleh Sadio Mane dan Roberto Firmino cukup untuk membolehkan The Reds meneruskan rekod kemenangan 100 peratus musim ini walaupun segalanya mampu menjadi lebih mudah jika Alisson tidak membenarkan Rachid Ghezzal menjaringkan gol mudah.
Penjaga gol Brazil itu tidak dibolosi dalam tiga aksi sebelum ini, namun dihukum pada minit ke-63 ketika cuba mengawal bola di dalam kotak penalti.
Kesilapan itu hampir menghukum Liverpool dalam 30 minit terakhir tetapi anak-anak buah Klopp akhirnya melengkapkan kemenangan keempat dalam empat aksi permulaan musim ini, sekali gus mencipta sejarah baru buat pasukan.
Liverpool menyumbat tiga gol dalam kunjungan terakhir ke King Power dan mereka hampir mencatat jumlah sama dalam 45 minit pertama.
Mane yang berada pada prestasi terbaik membuka ruang buat Mohamed Salah, namun disia-siakan oleh bintang Mesir itu, sebelum bekas penggempur Southampton itu membuka tirai jaringan dari jarak dekat selepas 10 minit permainan dan Firmino menanduk masuk bola sepakan sudut James Milner sebelum rehat.
Alisson mempamerkan permulaan hebat apabila menafikan percubaan Demarai Gray, namun dia melakukan kesilapan yang memberikan semangat baru buat The Foxes.
Bekas penjaga gawang AS Roma itu gagal mengawal hantaran ke belakang daripada Virgil Van Dijk, sebelum Kelechi Iheanacho mencuri bola dan membuka ruang buat Ghezzal untuk meraih gol pertama peribadi dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Tanpa kelibat Jamie Vardy yang digantung tiga perlawanan, ternyata The Foxes buntu untuk mencari gol penyamaan, sekali gus membolehkan Liverpool mengesahkan tiga mata di tempat lawan.