Aleksander Ceferin dipilih semula sebagai presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) hingga 2027 selepas menang tanpa bertanding.
Ceferin pertama kali dipilih pada 2016 sebelum diundi untuk penggal kedua selama empat tahun pada 2019.
Lanjutan terbaru tempoh perkhidmatannya itu disahkan dalam Kongres UEFA di Lisbon, awal pagi tadi.
Januari lalu, Caferin yang berasal dari Slovenia merupakan satu-satunya calon untuk perebutan jawatan itu.
Ceferin mengharungi penggal kedua dengan penuh mencabar termasuk penularan COVID-19 yang menyaksikan Euro 2020 ditangguhkan selama setahun.
Dia dan UEFA juga berjaya meredakan ancaman awal penubuhan Liga Super Eropah.
Badan induk bola sepak Eropah itu bertindak mengharamkan Russia tahun lalu berikutan pencerobohan negara berkenaan ke atas Ukraine.
Tahun-tahun akan datang akan menyaksikan perubahan dalam format pertandingan utama di peringkat kelab, Liga Juara-Juara (UCL).

2️⃣0️⃣2️⃣7️⃣ UEFA President Aleksander Čeferin has been re-elected for a further four-year term at #UEFACongress in Lisbon. pic.twitter.com/zliYcPZd2H
— UEFA (@UEFA) April 5, 2023