Ketua jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, mahu mengukur kemampuan kesebelasan utamanya apabila berhadapan Negeri Sembilan dalam aksi pembukaan Liga Super di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, petang esok.
Menurut Abu Bakar, tiga perlawanan pada peringkat awal akan menguji dan menterjemahkan kemampuan pasukannya yang masih lagi muda dalam saingan peringkat tinggi seperti Liga Super.
"Memang getir kerana bertemu dengan Negeri Sembilan, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kedah pada peringkat awal lagi.
"Namun, saya mengambil positif kerana jika PKNP dapat menyerap tekanan ini, pasukan mampu pergi jauh," katanya.
Bertemu dengan Negeri Sembilan esok, jurulatih itu berharap posisi pertahanan mampu menyerap asakan jentera serangan lawan.
"Saya mengarahkan pertahanan untuk mengawasi trio import mereka. Selain itu, kem PKNP bebas daripada masalah kecederaan. Hanya kapten, Shahrel Fikri Md Fauzi, masih dalam peringkat pemulihan," jelasnya.