Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Aksi paling buruk MU -- Zainal

zainal-abidin-hasssan.jpg
Ketiadaan tonggak import, Liridon Krasniqi, enggan dijadikan alasan oleh pengendali Melaka United (MU), Zainal Abidin Hassan, sebagai punca tumpas 0-3 kepada Terengganu FC (TFC) di Kuala Terengganu, malam tadi.

Semua pemain tidak menunjukkan prestasi sebenar, sekali gus menampakkan kelemahan ketara Melaka yang menurutnya didera Terengganu sehingga minit akhir permainan.

Zainal berkata dia tidak akan menuding jari kepada individu yang beraksi sumbang, sebaliknya sebuah pasukan akan dihukum akibat gagal menjalankan tugas masing-masing.

"Saya tidak nampak semangat melawan ketika kami ketinggalan satu, dua gol, malah peluang juga tidak diambil dengan baik.

"Prestasi kami menurun dan amat perit untuk menerima kekalahan 0-3 kerana ini aksi paling buruk Melaka sejak saya di sini," kata Zainal.

Dalam perlawanan malam tadi, Melaka serba tidak menjadi apabila Nasrullah Haniff Johan yang tidak dikawal menanduk kemas gol pertama Terengganu pada minit ke-23.

Kelonggaran benteng terus dihukum Sanjar Shaakhmedov (m-41) dan Ahmad Syamim Yahya (m-74) untuk meranapkan hasrat Melaka meraih mata dari tempat lawan.

"Rehat selama tiga minggu ini akan digunakan untuk menyiasat puncanya dan banyak yang perlu dibaiki untuk kembali beraksi dengan baik," tambah Zainal.

Advertisement

Must Watch Video