Jangkaan awal bahawa Perak dan Pahang bakal menampilkan persembahan bertenaga dalam pertemuan pertama Liga Super mereka musim ini nyata tidak meleset.
Selepas mengutip satu mata hasil keputusan 1-1 di Ipoh malam tadi, Perak menerusi jurulatihnya, Karl-Heinz Weigang, tampil memuji pasukan lawannya.
"Pahang memiliki beberapa pemain yang mampu mengelirukan pemain-pemain saya. Saya memuji persembahan pasukan lawan kerana memberikan saingan yang hebat kepada kami," katanya.
Skuad yang hampir tergelincir ke Liga Perdana selepas mempamerkan aksi buruk pada musim lalu itu turut mendapat pujian jurulatih barunya, Dollah Salleh.
"Saya sendiri tidak menjangkakan persembahan yang baik daripada pemain-pemain kami. Saya berharap kami dapat mengekalkan momentum ini dalam perlawanan akan datang," katanya.
Dalam perlawanan malam tadi, Perak dipaksa bekerja keras sebelum berjaya mengikat Pahang dalam perlawanan yang cukup sengit di antara kedua-dua pasukan di Stadium Perak, Ipoh.
Ahmad Syamim Yahya memecahkan kebuntuan buat Pahang apabila mudah menyepak masuk hantaran dari sebelah kanan oleh Ashari Samsudin pada minit ke-57.
Kelebihan itu tidak bertahan lama sebaik Thiago Aquino menyamakan kedudukan pada minit ke-68 selepas menanduk kencang bola sepakan penjuru Zaquan Adha Abdul Radzak.
Shahrom Kalam mampu muncul wira Perak lapan minit sebelum permainan tamat, bagaimanapun, tampanannya di depan pintu gol Pahang sekadar menerjah tinggi.