Perlawanan pertama Kelayakan Piala Asia 2019 membabitkan Korea Utara dan Malaysia kekal di venue perlawanan asal di Pyongyang selepas keputusan dibuat dalam Kongres Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Bahrain, hari ini.
Ekoran tiada lagi sekatan kerajaan Malaysia ke atas rakyat negara ini untuk ke Korea Utara, AFC melihat ia menjadi tanda bahawa hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara masih dalam keadaan baik.
Justeru, permohonan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengadakan perlawanan berdepan Korea Utara di venue berkecuali ditolak AFC dengan mengekalkan venue asal di Pyongyang.
Bagaimanapun, FAM masih belum memberi sebarang reaksi walaupun kongres tersebut dihadiri Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal.
"FAM mempunyai hak membuat bantahan tetapi perlu diingatkan bahawa keputusan AFC untuk menangguhkan perlawanan asal adalah disebabkan kerajaan Malaysia membuat larangan kepada rakyat Malaysia untuk ke Korea Utara. Atas sebab itulah, kami menangguhkan perlawanan tersebut.
"Bagaimanapun, apabila kerajaan Malaysia menarik balik larangan itu, kami mendapati tiada sebab untuk skuad Harimau Malaysia tidak boleh beraksi di Pyongyang untuk perlawanan ini," jelas Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul, ketika dihubungi Nadi Arena.