Cristiano Ronaldo tidak menyertai skuad Real Madrid bagi menghadapi perlawanan berdepan Sevilla dalam aksi kalah mati Copa del Rey.
Pemain berusia 31 tahun itu telah diberikan waktu rehat yang lebih panjang dan bakal kembali untuk perlawanan LaLiga berdepan Granada di Santiago Bernabeu.
Keputusan merehatkan Ronaldo adalah kerana Gareth Bale yang masih berusaha untuk kembali pulih daripada kecederaan buku lali dan Lucas Vazquez yang direhatkan kerana kecederaan otot.
Alvaro Morata, Karim Benzema dan Mariano Diaz bakal membarisi jentera serangan skuad bimbingan Zinedine Zidane.
Gandingan pertahanan tengah, Sergio Ramos dan Pepe, tidak akan beraksi tetapi Zidane menegaskan beliau tidak menyesal menurunkan kapten pasukan itu ketika menjulang Piala Dunia Kelab FIFA, bulan lalu.?✅ #RMCopa
— Real Madrid C. F. (@realmadrid) January 3, 2017
¡Los 19 convocados para el encuentro copero frente al @SevillaFC! #HalaMadrid pic.twitter.com/MBbLBDtw4M
"Segalanya telah berlaku," kata Zidane. "Sebelum perlawanan (berdepan Kashima Antlers dalam final), Sergio berasakan dia mampu beraksi tanpa sebarang masalah.
"Dia kini menjalani latihan bersendirian dan kecederaannya semakin pulih, tidak lama lagi dia akan kembali bersama pasukan."
?⚽? #RMCity
— Real Madrid C. F. (@realmadrid) January 3, 2017
¡Qué bueno ver a @SergioRamos y @Lucasvazquez91 con sus procesos de recuperación! #HalaMadrid pic.twitter.com/OyBAdmuiDF
Madrid berdepan anak buah Jorge Sampaoli di Bernabeu sebelum berkunjung ke Ramon Sanchez Pizjuan pada 12 Januari.