Skip to main content

Bola Sepak

Aksi ACLE-ACL2 kembali! Kempen JDT, Selangor bawa nama Malaysia bermula bulan ini

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

acle.jpg
Bulan September ini menandakan bola sepak tertinggi Asia sudah kembali dan tumpuan semestinya terarah kepada dua wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor, musim ini. 

Sebagai juara dan naib juara Liga Super, Harimau Selatan dan Gergasi Merah bakal bertanding dalam kancah berprestij Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) demi meningkatkan mata berdasarkan ranking MA, sekali gus mengangkat martabat bola sepak Malaysia sebaris dengan liga terkemuka Asia.

Skuad kendalian Xisco Munoz akan beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dengan harapan untuk mara sejauh mungkin, selepas tersungkur di pusingan 16, musim lalu.

Menerusi format terkini ACLE, skuad Harimau Selatan bakal menerima kunjungan Shanghai Port dan Shanghai Shenhua (China) selain FC Machida Zelvia serta Vissel Kobe (Jepun).

 

Baki empat lagi perlawanan bertemu Buriram United, Melbourne Victory, Sanfrecce Hiroshima dan Chengdu Roncheng pula menyaksikan JDT bakal turun bermain di gelanggang lawan. 

Sementara itu, pasukan bimbingan Katsuhito Kinoshi pula diundi dalam Kumpulan G Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) bertemu jaguh Asia Tenggara dari Thailand, Indonesia dan Singapura. 

Antara aksi yang mencuri tumpuan adalah The Red Giants akan berdepan skuad kendalian Bojan Hodak yang menjuara Liga Indonesia musim lalu iaitu Persib Bandung.


   

Advertisement

Must Watch Video