Skip to main content

Bola Sepak

Akibat baling botol kepada pengadil, JDT didenda RM103,000

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt.jpg
Juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), didenda sebanyak RM103,000 oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) susulan insiden yang berlaku ketika pertemuan menentang Buriram United dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), Mac lalu.

Gol pada minit ke-97 oleh pemain import, Jorge Obregon, dibatalkan ekoran perangkap ofsaid yang dilakukan pertahanan Thunder Castle.

Di sebalik situasi itu, penjaga garisan yang bertugas, Abdulhadi Al-Enezi, dibaling botol oleh penyokong JDT selepas mengangkat bendera untuk menafikan keputusan tersebut di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

 

Itulah perasaan hiba yang menggunung buat peminat Harimau Selatan selepas tewas 0-1 kepada gergasi Thailand, Buriram United, dan gagal ke peringkat seterusnya.

Akibat daripada perbuatan itu, badan induk tersebut telah menjatuhkan hukuman kepada juara Unifi Piala Malaysia itu atas kesalahan penyokong yang menimbulkan perbuatan negatif itu. 

Advertisement

Must Watch Video