Skip to main content

Bola Sepak

Akhyar intai kesebelasan utama hadapi JDT

akhyar-rashid_3.jpg
Bintang muda Kedah, Akhyar Rashid, teruja untuk beraksi buat kali pertama di pentas Piala Sumbangsih malam ini yang juga merupakan penampilan pertamanya berhadapan Johor Darul Ta'zim (JDT). 

Kemunculan kali pertama itu mahu dimulakan sebaik mungkin oleh anak jati Jitra, Kedah, itu selepas diterima sepenuhnya dalam skuad senior sejak musim lalu. 

"Saya tidak sabar untuk perlawanan hari ini. 

"Lagipun, ini pertama kali saya akan beraksi menentang JDT, jadi saya mahu buat yang terbaik kalau dapat diturunkan. 

"Tahun ini banyak pengalaman yang ditimba. Saya lebih fokus dan berani," kata pemain yang beraksi di posisi serangan itu. 

Masih segar dengan kecemerlangan di Kunshan, China, Akhyar tidak menjangka sebarang tiket mudah untuknya mengisi kesebelasan terbaik di Larkin. 

Namun, jauh di sudut hatinya, keterujaan untuk membantu Kedah begitu tinggi selain berjanji dia hanya akan tampil cemerlang andai diberi peluang dalam 90 minit permainan. 

"Pertemuan malam ini agak sengit, JDT gemar bermain hantaran pendek, memiliki teknik yang bagus manakala pemain import mereka juga semua menyerlah," katanya. 

Akhyar perlu bersaing dengan rakan sepasukannya seperti Muhammad Farhan Roslan yang turut memiliki kredibiliti tersendiri.


 

Advertisement

Must Watch Video