Eddie Howe mendedahkan bahawa Nathan Ake bakal kembali ke Chelsea selepas menyaksikan Bournemouth tersingkir daripada saingan Piala FA apabila tewas kepada Millwall.
Pengurus Chelsea, Antonio Conte, sebelum ini memberi bayangan bahawa dia bercadang membawa Ake kembali ke Stamford Bridge, dengan menggambarkan bahawa ia satu peluang menarik untuk membawanya kembali.
Howe, bagaimanapun, menerima sekiranya kehilangan khidmat pemain berusia 21 tahun itu yang menyertai Bournemouth secara pinjaman, Jun lalu.
"Itulah senarionya ketika ini," jelas Howe. "Tetapi ia belum muktamad.
"Bukan mudah untuk mencari pemain sebagus Ake dan saya tidak pasti sama ada kami akan menjumpai pemain yang memiliki kualiti yang sama di luar sana.
"Jadi, itu satu cabaran buat kami tetapi kami akan cuba membuat keputusan yang betul."
Sementara itu, Howe berpendapat suasana yang bising di dalam stadium menjadi punca pasukannya tewas 3-0.
The Cherries membuat perubahan mendadak terhadap kesebelasan utama, sekaligus memberi peluang kepada Millwall untuk mengambil kesempatan dengan gol sumbangan Steve Morison, Shaun Cummings dan Shane Ferguson.
Howe turut memuji tahap kesungguhan Millwall.
"Mereka bermain bersungguh-sungguh," jelasnya.
"Mereka mencabar pemain saya daripada aspek fizikal -- kami juga tahu kekuatan mereka.
"Pada saya, Neil Harris melakukan tugas dengan baik, ditambah pula dengan sorakan penyokong."
Bola Sepak
Ake akan kembali ke Stamford Bridge -- Howe
Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena