UiTM harus berterima kasih kepada penyerang import, Akanni Sunday Wasiu, yang menjadi tunjang ketika menumpaskan Kelantan 2-0 untuk kembali merancakkan perebutan tiket ke suku akhir Piala Malaysia.
Akanni dan Do Dong-hyun menjadi dua watak penting yang menjadi nadi kekuatan pasukan UiTM dalam pertemuan itu.
Keserasian antara mereka bersama bantuan barisan pemain tempatan UiTM membolehkan mereka melakar kejutan apabila menewaskan Kelantan di Stadium UiTM Shah Alam.
Ia merupakan mata dan juga kemenangan sulung mereka dalam saingan ini, sekaligus kembali menghidupkan peluang dalam saingan Kumpulan C, bersama dua lagi pasukan, iaitu Kedah dan Melaka.
"Kami menjaringkan sekitar lapan gol dalam saingan liga dan dalam Piala Malaysia, kami berdua menjaringkan empat dan lima gol.
"Kombinasi saya dan dia sangat kuat. Kami bekerja keras dalam latihan," kata Akanni.
Sementara itu, jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail, tidak menyembunyikan kekecewaan daripada riak wajahnya sejurus tamat perlawanan.
Bagi Zahasmi, dia menolak bahawa kekurangan pemain tonggak yang mengalami kecederaan membuatkan skuad The Red Warriors tempang.
Sebaliknya, dia berasakan Kelantan seharusnya tidak pulang dengan tangan kosong berdasarkan deretan peluang terhidang serta penguasaan permainan dalam separuh masa kedua.
"Kami sudah menguasai perlawanan dalam separuh masa kedua tetapi kami tidak dapat menjaringkan gol. Itu masalahnya," katanya.