Turun sebagai juara bertahan, pasukan Sabah sedikit gemuruh sebelum tewas 1-3 kepada pasukan Zon Pantai Tumur dalam perlawanan Kem Bolasepak Remaja Allianz (AJFC) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, semalam.
Bermain dalam format 70 minit perlawanan, Zon Pantai Timur terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Mohd Tasneem Irfan dan mereka kekal mendahului 1-0 sehingga tamat babak pertama.
Sabah masih tidak dapat mencari rentak dan terpaksa akur apabila Zon Pantai Timur menyumbat dua gol lagi untuk berada di depan 3-0.
Sabah hanya berjaya menyumbat gol sagu hati pada akhir perlawanan untuk menyaksikan pihak lawan meraih kemenangan 3-1.
"Sabah hilang fokus pada 10 minit pertama, tidak seperti yang kami harapkan. Mungkin kami datang ke sini dengan tekanan selaku juara bertahan.
"Pemain tengah kami pun tidak banyak membuat hantaran kepada bahagian serangan. Itu membuatkan kami diserang dan hilang fokus," kata jurulatih AJFC Sabah, Pengeran Mohd Shukr Musa.
Ekoran faktor kepenatan dan hanya tiga hari berkumpul sebagai satu pasukan, Sabah akan memperbaiki corak permainan dalam aksi kedua hari ini, terutama melibatkan kelemahan di bahagian pertahanan.