Pasukan SAFA Kota Belud menjuarai Kejohanan Kem Bola Sepak Remaja Allianz (AJFC) Zon Sabah selepas menumpaskan Karamunich Junior FC 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium UMS, Kota Kinabalu..
Selepas mengetepikan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir dengan penentuan sepakan penalti, SAFA Kota Belud dan Karamunich Junior FC turun ke final dengan misi menjulang kejuaraan sulung mereka dalam edisi kali ini.
SAFA Kota Belud bermula dengan langkah kanan melalui Mohd Khairul Azik yang meledak gol seawal minit ketujuh untuk mendahului 1-0.
Karamunich Junior cuba mengatur serangan dalam separuh masa kedua, namun usaha mereka tidak mendatangkan hasil.

"Barisan pemain mengikuti segala perancangan yang kami aturkan.
"Pada awalnya, kami mengamalkan taktik menyerang dan tindakan itu membuahkan hasil dan kami bersyukur dengan jaringan tersebut selain kami mendapati semangat Karamunich Junior mulai luntur," kata jurulatih SAFA Kota Belud, Romzi Ramlee.
Tambah jurulatih Karamunich Junior, Sofian Saidin: "Pemain tengah kami banyak mencipta gerakan, cuma kami tumpul di bahagian serangan
"Pemain saya memilih jalan sukar ketika cuba mengatasi pertahanan lawan dengan mencipta gerakan secara berseorangan.
"Sebab itulah bola banyak berlegar di luar petak penalti lawan."