Bos Manchester City, Pep Guardiola, bersikap tenang terhadap spekulasi mengaitkannya dengan perpindahan penyerang Arsenal, Alexis Sanchez, dan mengulangi pendirian bahawa Sergio Aguero tidak akan dibenarkan meninggalkan kelab itu.
Sanchez menjadi sasaran untuk City dan Guardiola, yang membawa bintang Chile itu ke Barcelona pada 2011.
Pemain berusia 28 tahun itu memberitahu wartawan di tanah airnya pada hujung minggu lalu bahawa dia ingin bermain dalam Liga Juara-Juara -- pertandingan yang akan disertai City pada musim ini.
Tetapi pengurus Arsenal, Arsene Wenger, menegaskan bahawa Sanchez tidak akan dibenarkan untuk meninggalkan pasukan walaupun memasuki tahun akhir kontraknya.
Bercakap sebelum pertemuan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) di antara City dan Manchester United di Houston, Guardiola tidak bersemangat untuk mencabar jurulatih veteran Perancis itu dan berkata bantuan serangan kepada Aguero dan Gabriel Jesus tidak menjadi keutamaan di Stadium Etihad.
"Sanchez bermain untuk Arsenal, jadi Wenger berkata bahawa (Sanchez akan kekal). Dia tahu lebih banyak daripada saya," kata Guardiola.
"Kami mempunyai dua penyerang yang sangat baik, Sergio dan Jesus. Dalam soal itu, kami baik. Ia bukan mengenai penyerang.
"Masalahnya ialah pada musim lalu Jesus direhatkan untuk masa yang lama dan kami ingin melihat kedua-dua mereka bersama."
Ditekan sama ada Aguero, yang dilaporkan telah menarik minat Chelsea pada minggu ini, Guardiola berkata dia tetap kekal berada dalam perancangannya.
"Anda tahu pendapat saya tentang Aguero," katanya. "Saya berkata banyak kali pada musim lalu dan saya tidak mengubah apa yang saya katakan.
"Dia pemain kami dan dia akan kekal di sini."
Rakan senegara Sanchez, Claudio Bravo, nampaknya menghadapi masa depan yang kurang jelas berikutan beberapa kesilapan dalam musim pertamanya di Manchester.
Dia adalah hero dalam penalti untuk negaranya selepas kejayaan separuh akhir Piala Konfederasi menewaskan Portugal bulan lalu tetapi bersedia untuk memulakan musim ini sebagai pilihan kedua di sebalik ketibaan Ederson di City.
Bagaimanapun, Guardiola berminat untuk melihat bekas pemain Barcelona berusia 34 tahun itu bersaing dengan Ederson dan menolak dakwaan City berminat dengan penjaga berpengalaman Napoli, Pepe Reina.
"Tidak, tidak -- kami akan pergi bersama Ederson, Bravo dan pemain muda (penjaga gol)," kata Guardiola.