Sergio Aguero menegaskan dia mahu memberikan fokus kepada Manchester City walaupun terdapat spekulasi bahawa pengurus pasukan, Pep Guardiola, mahu mendapatkan lebih ramai pemain bagi memperkuatkan jentera serangan The Citizens.
Aguero menikmati musim 2016-17 yang baik di Stadium Etihad selepas menjaringkan 33 gol dalam semua pertandingan, namun dilihat sebagai bahan kritikan Guardiola pada awal musim.
Guardiola menegaskan beliau akan cuba mempertingkatkan mutu permainan pemain berusia 29 tahun itu untuk memberikan sokongan kepada pasukan secara menyeluruh.
Bagaimanapun, pada pertengahan musim, pemain kebangsaan Argentina itu kehilangan tempat dalam kesebelasan utama selepas City mendapatkan khidmat penyerang kelahiran Brazil, Gabriel Jesus.
Khabar angin yang melibatkan kelab mahu mendapatkan khidmat bintang Arsenal, Alexis Sanchez sedikit-sebanyak menggugat lagi kedudukan Aguero sebagai penyerang utama pasukan.
Bagaimanapun, Aguero menjelaskan kepada agensi berita China, Xinhua, bahawa dia akan kekal bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu sehingga kontraknya tamat pada 2020.
"Saya gembira bersama kelab, saya mahu kekal sehingga kontrak saya tamat," kata Aguero.
"Saya masih belum memikirkan kelab yang harus saya sertai seterusnya. Saya mahu memberikan fokus kepada City.
"Saya tidak berasakan saya mengharungi musim yang tidak baik. Saya berjaya menjaringkan 33 gol. Saya akan terus memberikan yang terbaik buat pasukan ini bagi musim akan datang."
Aguero kini hanya ketinggalan lapan jaringan untuk memintas Eric Brook untuk bergelar penjaring terbanyak The Citizens sepanjang zaman.