Bintang muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Afiq Fazail, menjadikan pesanan abangnya sebagai bekalan semangat untuk merebut tempat dalam skuad 18 pemain Harimau Selatan musim ini.
Afiq, yang dinaikkan pangkat dari JDT II ke JDT musim ini, terpaksa bersaing sengit dengan pemain lebih senior untuk berada dalam kesebelasan utama.
Bagaimanapun, dia berjaya membuat penampilan sulung ketika perlawanan menentang Felda United, Jumaat lalu.
Meskipun dimasukkan di hujung permainan babak kedua, adik bekas pemain kebangsaan, Irfan Fazail, ini berjaya memberi impak berbeza kepada pasukan.
"Saya merakamkan penghargaan kepada jurulatih kerana memberi peluang untuk saya bermain. Saya begitu gembira dapat bermain bersama pasukan bagus seperti ini.
"Semua pemain terbaik Malaysia bermain di sini. Saya tidak menjangka dapat diturunkan. Gementar pun ada kerana ini penampilan pertama saya di sini," katanya.
Tidak menafikan mahu mengikut jejak Irfan untuk menyarung jersi Harimau Malaysia, Afiq yang pernah mewakili Harimau Muda B terlebih dahulu bertekad mahu mengejar tempat dalam skuad utama JDT.
"Dia selalu memberi semangat kepada saya untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama. Saya harap dapat membantu JDT agar lebih baik pada tahun ini," tambahnya.
JDT akan bertandang ke Kota Bharu untuk pertemuan dengan Kelantan, Sabtu ini.