Skip to main content

Bola Sepak

AFCON: Pertembungan Salah, Hakimi jadi perhatian

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

salah.png
Saingan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) semangat hangat dengan dua lagi pertemuan di peringkat suku akhir. 

Selepas mengatasi rintangan Ivory Coast menerusi penentuan sepakan penalti dalam pusingan 16, Mesir bakal menghadapi Maghribi yang turut menyaksikan pertembungan dua bintang dunia, Mohamed Salah dan Achraf Hakimi. 

Ia akan menjadi pertemuan AFCON ketujuh buat kedua-dua pasukan dengan Maghribi memenangi tiga daripada enam aksi sementara Mesir memenangi perhitungan terakhir mereka dalam suku akhir edisi 2017.

The Pharaohs juga dalam reputasi terbaik selepas memenangi keempat-empat perlawanan suku akhir terakhir AFCON.

Justeru, mereka mampu memadam hasrat Maghribi untuk mara ke separuh akhir buat kali pertama sejak muncul naib juara di Tunisia pada 2004. 

Lebih-lebih lagi Maghribi dalam rentak terbaik selepas memenangi enam daripada lapan perlawanan terakhir kejohanan ini selain berupaya merobek jaring lawan dalam setiap perlawanan. 

Apa pun, Mesir hanya bolos tujuh gol dalam 20 perlawanan AFCON sejak 2010 dengan mengekalkan 14 rekod tanpa bolos tetapi Maghribi memiliki taruhan di barisan hadapan menerusi Romain Saiss, yang memiliki penyudah setinggi 1.99 dalam lima percubaannya. 





Dalam satu lagi pertembungan, Senegal akan menentang Equatorial Guinea buat kali kedua dalam AFCON, awal pagi esok, dengan aksi terakhir mereka adalah di peringkat kumpulan pada 2012.

Ketua pasukan, Sadio Mane, memainkan peranan besar dengan menyumbang 44 peratus gol buat pasukannya, namun Senegal belum pasti dapat menagih kelincahannya berikutan kecederaan di kepalanya ketika menentang Cape Verde, minggu lalu. 

Kebelakangan ini, Senegal lolos tiga daripada lima perlawanan di peringkat yang sama dan sedang mengintai separuh akhir kedua berturut-turut buat julung kalinya. 

Namun, Equatorial Guinea hanya tewas sekali dalam lima perlawanan AFCON terakhir dengan bekalan empat gol hanya dibolosi sekali.
 

Advertisement

Must Watch Video