Pihak penganjur dan Kerajaan Cameroon dalam satu kenyataan semalam berkata Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) "perlu dianjurkan" sambil mereka mendedahkan bahawa hanya penonton yang sudah lengkap divaksinasi akan dibenarkan untuk ke stadium.
Terdapat kebimbangan mengenai pembatalan kejohanan itu berikutan penularan variant Omicron, COVID-19.
Kejohanan itu sepatutnya dianjurkan pada awal tahun ini tetapi terpaksa ditunda berikutan pandemik berkenaan.
Hanya berbaki tiga minggu menjelang majlis pembukaan kejohanan itu di Complexe Sportif d'Olembe, Kerajaan Cameroon, Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF) dan Persatuan Bolasepak Cameroon (FECAFOOT) mengeluarkan satu kenyataan bagi menjamin penganjuran AFCON 2021.
Kenyataan itu berkata: "Di Cameroon, seperti yang berlaku di tempat lain, langkah yang berkesan dan boleh dipercayai telah diambil sebagai sebahagian daripada pendekatan yang koheren dan teruji untuk melawan wabak ini.
"Kerajaan telah menetapkan protokol kesihatan khas untuk memerangi COVID-19 yang terpakai dalam AFCON.
"Dalam tempoh kurang daripada 25 hari, 24 pasukan bola sepak terbaik Afrika akan menyertai AFCON 2021 dan langkah-langkah khas mesti diambil berhubung acara penting dan berprestij ini.
"Seperti yang diketahui umum, penganjuran kejohanan bola sepak memainkan peranan penting dalam memupuk integrasi dan keamanan, serta menyatukan rakyat.
"Ia juga merupakan pemangkin harapan, sebagai wadah untuk perkongsian nilai murni dan saluran untuk 'joie de vivre', yang memungkinkan untuk mengatasi kesukaran dan melihat di luar perbezaan kita. Oleh itu, walaupun terdapat cabaran tambahan yang ditimbulkan oleh pandemik, AFCON mesti dianjurkan."
Kenyataan itu juga menjelaskan bahawa penyokong tidak akan dibenarkan masuk ke venue melainkan mereka divaksin sepenuhnya dan perlu membuktikan keputusan ujian PCR negatif yang tidak melebihi 72 jam atau keputusan ujian antigen negatif yang tidak melebihi 24 jam.
CAF akan menggunakan makmal bebas yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk menguji pemain dan delegasi setiap pasukan.