Skip to main content

Bola Sepak

AFCON: Nigeria mara dengan bergaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nigeria.jpg
GUINEA-BISSAU 0 NIGERIA 2

Nigeria melengkapkan prestasi mengagumkan di peringkat kumpulan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) dengan kemenangan 2-0 ke atas Guinea-Bissau. 


Sudah menjamin tempat mereka dalam pusingan 16, skuad Super Eagles mara ke kalah mati sebagai juara Kumpulan D dengan rekod 100 peratus selepas memastikan kemenangan ketiga pada awal pagi tadi. 

Umar Sadiq memecah kebuntuan perlawanan dengan gol antarabangsa pertamanya pada minit ke-56 apabila diberi tugas mudah untuk melakukan penyudah selepas hantaran lintang leret hebat daripada Kelechi Iheanacho. 

Ketua pasukan Nigeria, William Troost-Ekong, mengukuhkan kedudukan mereka ketika permainan berbaki 15 minit apabila menampan masuk bola muntah selepas Moses Simon bertindak mengucar-ngacirkan beberapa pertahanan sebelum rembatan kencangnya mengenai palang. 

Troost-Ekong pada awalnya dinafikan bendera ofsaid, tetapi tinjauan video bantuan pengadil (VAR) memihaknya. 

Guinea-Bissau jarang dapat mengatur tindak balas untuk pulang tanpa sebarang gol dalam perlawanan AFCON ketujuh berturut-turut.

Advertisement

Must Watch Video