Skip to main content

Bola Sepak

AFCON: Mane pacu kemenangan Senegal

balde_.jpg
Senegal memulakan kempen Piala Negara-Negara Afrika dengan kemenangan 1-0 ke atas Zimbabwe, ketika Sadio Mane menjaringkan gol penentu pada penghujung permainan.

Skuad kendalian Aliou Cisse tanpa enam tonggak utama ekoran penularan COVID-19, yang memberikan kesan kepada pemein seperti Edouard Mendy dan Kalidou Koulibaly.

Namun di sebalik gagal menampilkan skuad terbaik, Teranga Lions gagal menepati jangkaan hampir sepanjang perlawanan.

Keita Balde gagal menggunakan peluang terhidang, gagal memastikan percubaan menembusi gawang sebelum Mane turut mengulangi kesilapan sama.
 

Zimbabwe kelihatan hampir memastikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata, namun pada 10 saat terakhir dalam masa kecederaan, Kelvin Madzongwe melepaskan rembatan dan secara tidak sengaja bola terkena tangan, membenarkan Mane memastikan kemenangan menerusi sepakan penalti.

 

Advertisement

Must Watch Video