Skip to main content

Bola Sepak

AFCON: Mane bawa Senegal ke suku akhir

sadio-mane.jpg
Sadio Mane menjaringkan gol hebat untuk menghantar Senegal ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika ketika menyingkirkan Cape Verde, yang beraksi dengan sembilan pemain ketika tewas 2-0 awal pagi tadi.

Pertembungan di Stadium Kouekong, yang pertama antara dua negara itu dalam AFCON, memberikan laluan mudah buat Senegal apabila Patrick Andrade dilayangkan kad merah pada minit ke-21 berikutan penilaian VAR atas terjahan terhadap  Pape Gueye.

Cape Verde, yang mara ke peringkat kalah mati selaku pasukan terbaik menghuni tangga ketiga dalam saingan peringkat kumpulan, berjaya mengekang skuad kendalian Aliou Cisse dan menghidupkan peluang untuk mara ke pusingan suku akhir buat pertama kali sejak 2013.

Bagaimanapun, satu lagi penilaian VAR dilakukan sebelum perlawanan melewati 60 minit dan penjaga gol, Vozinha, pula yang dilayangkan kad merah -- ketika diberikan rawatan di tepi padang -- selepas berlaku bertembungan dengan Mane.

Saat yang indah akhirnya terhasil apabila Mane memecah kebuntuan apabila melepaskan rembatan yang dari jarak jauh pada minit ke-63.

Mane, yang kelihatan masih terkesan dengan pertembungan dengan Vozinha, digantikan tujuh minit kemudian dan dijangka terlepas perlawanan bertemu di antara Mali atau Equatorial Guinea Ahad ini.

Senegal, menjadi satu-satunya pasukan tidak dibolosi setakat ini, memastikan tempat ke pusingan seterusnya menerusi jaringan Bamba Dieng dalam masa kecederaan.
 

Advertisement

Must Watch Video