Harapan Algeria mempertahankan kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika terjejas berikutan kekalahan 1-0 kepada Equatorial Guinea.
Esteban Obiang meledak gol 20 minit sebelum tamat permainan di Stade omnisport de Douala untuk melonjak National Thunder ke tangga kedua Kumpulan E.
Keputusan itu menyaksikan Algeria tewas buat kali pertama sejak kekalahan 2-1 kepada Tunisia pada 2017, manakala mereka kini perlu menewaskan Ivory Coast dalam aksi terakhir untuk memiliki peluang ke peringkat kalah mati.
Di sebalik sekadar menikmati 33 peratus kawalan permainan, Equatorial Guinea mempamerkan aksi lebih baik dalam separuh masa pertama. Oscar Siafa menafikan percubaan Rais M'Bolhi, sementara percubaan Iban Salvador hanya sedikit tersasar.
Algeria berjaya menembusi gawang, namun Baghdad Bounedjah dinafikan kerana berada dalam kedudukan ofsaid.
The Desert Warriors terus mendominasi permainan, namun ditembusi pada minit ke-70, Josete Miranda menguis bola daripada sepakan sudut sebelum Obiang melengkapkan jaringan.
Algeria berusaha mendapatkan jaringan penyamaan, namun gagal mempertahankan sembilan perlawanan tanpa kalah dalam saingan AFCON ketika mereka masih lagi mencari jaringan pertama edisi kali ini.

DRAMA ?#TeamEquatorialGuinea take the lead against the reigning champions in Duoala ?
— #TotalEnergiesAFCON2021 ? (@CAF_Online) January 16, 2022
Can they hold on to it in the remaining minutes? #TotalEnergiesAFCON2021 | #AFCON2021 | #ALGGNQ pic.twitter.com/VCsCsOAjjC