Pemain versatil skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Adam Nor Azlin, menyarankan rakan sepasukan memberi komitmen terbaik dalam siri aksi persahabatan di China dari 8 hingga 16 Jun ini.
Pemain Selangor ini mengakui dia dan rakan sepasukan lain tidak boleh berpuas hati dengan prestasi terkini, apatah lagi selepas aksi persahabatan berdepan Felda United, 6 Jun lalu, berkesudahan seri 1-1.
Adam menggesa rakan sepasukan lain menggandakan usaha demi mencapai prestasi terbaik dalam Kelayakan B-22 AFC, bulan depan dan Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini.
"Saya rasa semua pemain mempunyai skil dan teknik yang cukup baik, jadi tiada masalah untuk kami berdepan lawan mana sekalipun. Yang penting pemain mempamerkan tahap disiplin yang tinggi," ujarnya.
Jelas Adam, dia kini turut dalam proses menyesuaikan diri untuk bermain sebagai pertahanan selepas lebih banyak bermain selaku penyerang sebelum ini.
"Itu satu cabaran untuk saya agar lebih yakin bagi memastikan gawang kita tidak dibolosi di China nanti," tambahnya.
Sementara itu, pengendali, Datuk Ong Kim Swee, mendedahkan bahawa anak buahnya juga sedang menyesuaikan diri dengan formasi 3-4-3 yang cuba diterapkan ketika ini.
"Selepas aksi ketiga sebaik kembali ke tanah air barulah saya akan memikirkan sama ada sistem 3-4-3 akan dikekalkan atau perlunya membuat perubahan," jelas Kim Swee.