Skip to main content

Bola Sepak

Adam gembira formasi Maniam cipta lebih banyak peluang gol

240117-penyerang-selangor-adam-nor-azlin.jpg
Penyerang Selangor, Adam Nor Azlin, tampil dengan aksi matang ketika berdepan Pulau Pinang dalam aksi Liga Super, Sabtu lalu, dan bertekad untuk terus menjadi penjaring utama pasukannya. 

Meskipun lebih banyak beraksi sebagai pemain gantian dalam saingan musim lalu, aksi sulung minggu lalu membuktikan Adam sudah bersedia menggalas tugas selaku pemain utama musim ini. 

Gol pertama Selangor jaringan Adam itu turut membantu kemenangan pasukannya dan untuk perlawanan sulung musim ini.

"Alhamdulillah saya dapat menjaringkan gol.  

"Saya harap dapat membuktikan sesuatu kepada jurulatih untuk bermain dalam perlawanan-perlawanan akan datang. 

"Saya mempunyai sasaran peribadi, iaitu mahu memperkuatkan pasukan kebangsaan serta menjaringkan gol sebanyak mungkin musim ini selepas hanya merakamkan tiga gol musim lalu," katanya. 

Adam, yang turut mampu beraksi selaku pemain tengah, mengakui dia dan rakan sepasukannya serasi dengan formasi baru 3-4-3 yang diterapkan pengendali pasukan, P. Maniam. 

Pemain kelahiran Klang itu optimis Selangor mampu terus konsisten dengan formasi itu. 

"Formasi itu banyak memberi kebaikan kerana ia memberi lebih banyak ruang untuk saya menyumbat gol."

Advertisement

Must Watch Video