Dimitri Payet berkata dia masih ada urusan yang belum selesai di Marseille selepas membuat kemunculan keduanya untuk kelab Perancis itu.
Pemain perancang itu berhijrah ke West Ham pada 2015 sebelum kembali melalui perpindahan bernilai GBP25 juta (RM139.2j).
Dia dimasukkan sebagai pemain gantian dalam kemenangan 2-1 ke atas Lyon dalam masa tambahan saingan Coupe de France.
Payet dikritik hebat kerana mendesak untuk kembali ke Perancis dengan cara enggan beraksi untuk kelab Inggeris tersebut.
Namun, pemain Perancis itu membuka lembaran baru apabila penyokong Marseille melaungkan namanya sebelum sepak mula di Stade Velodrome.
"Suasana Velodrome sama seperti ketika saya meninggalkannya. Apakah perasaan saya dapat kembali? Tenang, ia luar biasa," kata Payet.
"England adalah negara asing buat saya. Saya perlu menyesuaikan diri di England. Apabila saya bercakap tentang Perancis, saya juga maksudkan Marseille kerana saya pernah mengharungi dua musim cemerlang di sini.
"Saya berasakan ada urusan yang belum selesai. Saya begitu mahu untuk kembali dan projek ini tiba pada waktu yang sesuai. Sebab itulah ia (perpindahan) berlaku dengan pantas."
Pemain berusia 29 tahun itu terpaksa menunggu sehingga masa tambahan untuk membuat kemunculan semula.
Bos Marseille, Rudi Garcia, memasukkan Payet pada minit ke-94 bagi menggantikan Florian Thauvin.
"Saya belum cergas sepenuhnya lagi. Jurulatih dan saya ada membincangkannya. Kami memerlukan sedikit masa.
"Sudah hampir sebulan saya tidak beraksi. Saya sangat bersemangat untuk kembali di tahap sebenar secepat mungkin. Mungkin kerana bermain di stadium ini, ia sesuatu yang istimewa."