Persembahan memukau sewaktu menentang Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 membuka mata beberapa kelab Liga Super untuk menandatangani pertahanan kental Cape Verde, Yuran Fernandes.
Sebelum ini, pemain berusia 30 tahun itu terpalit dengan kontroversi apabila dikenakan hukuman berkenaan selepas mengeluarkan kenyataan yang mengkritik bola sepak Indonesia sebaik pasukannya, PSM Makassar, tewas 1-3 kepada PSS Sleman pada 3 Mei lalu.
Susulan itu, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) menjatuhkan hukuman penggantungan dan dikurangkan kepada tiga bulan dan denda RM6,775).
Yuran tidak menafikan bahawa dia menerima tawaran daripada kelab tempatan, namun dia juga sudah mempertimbangkannya tatkala masih memiliki baki kontrak bersama kelab Indonesia itu.

"Saya mempunyai beberapa perbualan (dengan kelab Liga Super) tetapi saya tidak boleh mengatakan perkara yang sama.
"Saya masih mempunyai kontrak dengan pasukan saya di Indonesia.
"Saya akan bermain di Indonesia kerana sekarang hukuman saya dikurangkan kepada tiga bulan.
"Jadi pada Ogos nanti, saya akan bermain dengan pasukan saya lagi. Sekarang, saya hanya mahu beraksi di Indonesia," katanya ketika ditemui selepas aksi bertemu Malaysia, Khamis lalu.