Pep Guardiola mahu Manchester City memasang impian untuk mengubah keputusan walaupun tewas 3-0 kepada Liverpool dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.
Perlawanan di Anfield itu berakhir pada minit ke-31 selepas Liverpool meraih tiga gol hasil jaringan Mohamed Salah, Alex Oxlade-Chamberlain dan Sadio Mane.
City tewas 4-3 kepada Liverpool Januari lalu tetapi Guardiola berasakan aksi timbal balik di Stadium Etihad -- menyaksikan mereka menang 5-0 dalam aksi berdepan Liverpool pada awal musim -- akan dijadikan sebagai petanda mereka mampu mengubah keputusan perlawanan ini.
"Tiada siapa yang percaya kami masih mampu mara ke pusingan seterusnya. Perlawanan masih berbaki 90 minit dan kami akan cuba melakukannya," kata Guardiola.
"Saya mempercayai pasuka ini. Mereka telah menampilkan aksi cemerlang musim ini. Ia merupakan satu keputusan yang sukar untuk diterima, memang tidak boleh dinafikan.
"Hari ini, anda bercakap mengenai Real Madrid mara (separuh akhir)], Barcelona, Bayern Munich dan Liverpool.
"Tetapi masih ada 90 minit -- Sevilla, Juventus, Roma dan kami. Kami akan cuba yang terbaik. Rumit kerana kami berdepan pasukan yang berkualiti. Tetapi kami mempunyai keyakinan," katanya lagi.
City terlebih dahulu bakal bertemu Manchester United hujung minggu ini, dengan kemenangan bakal menyaksikan mereka muncul juara Liga Perdana Inggeris (EPL).