Pahit untuk ditelan oleh penyokong kesayangan apatah lagi pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) yang sudah berjuang habis-habisan, namun hajat tidak kesampaian dan masih belum memperbaharui sejarah untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.
Itulah perasaan hiba yang menggunung tonggak Harimau Selatan selepas tewas 0-1 kepada gergasi Thailand, Buriram United, di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.
Jaringan Suphanat Mueanta jelas meletakkan Thunder Castle berada di kelas tersendiri, sekai gus merebut gelaran Raja Asia Tenggara musim ini.
Kemasukan Jorge Obregon seakan memberi sinar harapan buat skuad kendalian Hector Bidoglio, namun golnya pada minit ke-97 tidak dibenarkan ekoran perangkap ofsaid yang dilakukan pertahanan Buriram United.
Di sebalik situasi itu, penjaga garisan yang bertugas, Abdulhadi Al-Enezi, dibaling botol oleh penyokong JDT selepas mengangkat bendera untuk menafikan keputusan tersebut.
Wisel penamat dibunyikan menandakan JDT tewas buat kali pertama musim ini di tempat sendiri.
Sementara itu, air mata yang mengalir di pipi Heberty Fernandes memberi gambaran kekecewaan keseluruhan pasukan selatan tanah air itu.

MASA PENUH di SSI! Buriram United mara ke pusingan seterusnya manakala tamatlah perjalanan JDT di ACL Elite ?#ACLElite #JDTBUR pic.twitter.com/sv9P7Bj2mc
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 11, 2025