Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

ACLE: Al-Nassr jamin tempat ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

duran.jpg
Al-Nassr menempah tempat ke suku akhir Liga Juara-Juara Elit (ACLE) selepas menewaskan 10 pemain Esteghlal 3-0 dalam perlawanan timbal balik yang menyaksikan Jhon Duran meledak dua gol.

Cristiano Ronaldo turut menyumbangkan gol buat pasukan bimbingan Stefano Pioli itu yang kini mara ke peringkat lapan akhir pertandingan berkenaan buat kali kelima dalam sejarah mereka.

Al-Nassr mendahului pada minit kesembilan selepas hantaran lemah oleh penjaga gol Esteghlal, Hossein Hosseini, dihukum Duran.

Tuan rumah diberi peluang untuk menggandakan kelebihan mereka sejurus sebelum tamat setengah jam permainan selepas Sadio Mane dikasari oleh Mohammad Niknafs.

Ronaldo tampil cemerlang dalam sepakan penalti untuk gol keenamnya dalam ACLE setakat musim ini.

Dan keadaan Esteghlal bertambah buruk menuru rehat berikutan kad merah yang dilayangkan terhadap Mehran Ahmadi selepas mengutip kad kuning kedua angkara mengasari muka Mohammed Al-Fatil.

Al-Nassr terus mendominasi permainan selepas rehat dengan percubaan Aiman ​​​​Yahya diselamatkan di atas garisan gol, manakala percubaan susulan Duran singgah di palang. 





Namun, bekas penyerang Aston Villa itu tetap menggandakan jaringannya, enam minit sebelum perlawanan berakhir apabila mengutip hantaran Angelo sebelum merembat dengan kaki kanannya.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video