Skip to main content

Bola Sepak

ACL2: Kekalahan ini bukan tragedi -- Jurulatih Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor.jpg
Ketua jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi, bertegas bahawa tiada istilah 'kecewa melampau' dalam perlawanan yang banyak mengajar pasukannya untuk lebih maju selepas ini.

Beraksi di laman sendiri dengan harapan untuk bermula langkah kanan dalam aksi pertama Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) bertemu Bangkok United, namun ia tidak berlaku sebaliknya dengan barisan pemain Totchtawan Sripan lebih bijak mengajar The Red Giants bermain di gelanggang sendiri.

Keramat Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBP) dicemari dengan kekalahan kali pertama The Red Giant di laman sendiri selepas kali terakhir adalah pada Disember 2024

Rekod sembilan bulan itu terlerai dan semestinya menghadirkan rasa kecewa, namun Kinoshi menafikan andai kekalahan 2-4 dalam situasi mereka beraksi dengan 10 pemain itu dianggap sebagai dunia berakhir untuk Gergasi Merah.

Kekalahan itu memberikan banyak pengajaran buat Selangor yang terpaksa menerima hakikat Bangkok United ternyata jauh lebih bersedia di saingan pentas Asia kali ini.






Beberapa kesilapan peribadi yang tidak sepatutnya berlaku berjaya dihidu jurulatih berusia 6 tahun itu yang terpaksa menerima hakikat Bangkok banyak mengajar Selangor bagaimana untuk bermain bola.

"Malam ini pihak lawan ada teknik yang baik untuk mengenali kesilapan kami untuk menghukum kami. Saya tidak boleh katakan kesilapan hanya pada seorang pemain tetapi saya mengambil tanggungjawab penuh atas kekalahan ini.

"Ini bukan tragedi dengan kekalahan 2-4 ini dan berbeza dua gol, kami perlu fokus dalam aksi seterusnya," katanya.

Malah, dua jaringan awal Bangkok United dalam tempoh masa kurang 15 minit serta layangan kad merah terhadap Harith Haiqal menjadi pendorong utama keampuhan Selangor teruji sepenuhnya di hadapan penyokong sendiri.

Namun, ada sifat terpuji yang ditonjolkan pemain dari pasukan Lembah Klang itu yang tidak berputus asa mencari peluang sekurang-kurangnya masih mampu mencetak jaringan ketika beraksi dengan 10 pemain berhadapan lawan liat seperti naib juara Liga Thailand 2024/25 itu.

"Kami berjuang dengan 10 pemain, kami boleh melihat mentaliti pemain yang tidak berputus asa. Separuh masa kedua kami ada peluang untuk menyamakan kedudukan.

"Kami terus menyerang dengan bertahan dengan 10 pemain, ia membuatkan pemain keletihan tetapi kami tidak berputus asa." tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video