Shanghai Shenhua memohon maaf kepada penyokong mereka selepas gergasi Liga Super China (CSL) itu gagal mara ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL).
Diperkuatkan dengan Carlos Tevez dan Obafemi Martins, anak buah Gus Poyet ditundukkan pencabar dari Australia, Brisbane Roar, 2-0 dalam aksi play-off, semalam.
Tevez melengkapkan perpindahan lumayannya ke Shanghai pada Disember lalu. Dia dilaporkan pemain bola sepak yang menikmati gaji paling mahal di dunia, namun bekas tonggak Juventus itu gagal menyekat kekalahan pasukannya menerusi gol Brandon Borrello dan Tommy Oar di Stadium Hongkou.
Kekalahan itu mencetuskan kritikan hebat di China sehingga memaksa Shenhua membuat permohonan maaf.
"Kami mahu memohon maaf kepada penyokong kami yang sanggup hadir memberi sokongan dalam cuaca sejuk kerana apa yang berlaku di atas padang sangat memalukan", menurut kenyataan kelab CSL itu di Weibo.
"Kesemua pemain telah memberikan aksi terbaik dan kami berkongsi matlamat yang sama untuk mencapai kemenangan.
"Bagaimanapun, bola sepak adalah kejam. Apabila anda gagal menyudahkan deretan peluang terhidang, maka prospek kemenangan akan pantas berlalu.
"Kami sangat terkilan dan kesal kerana terlepas peluang, namun kami tidak akan berputus asa.
"Semangat di kalangan Shenhua tidak akan mati hanya kerana satu perlawanan. Kami tidak mengambil mudah cabaran musim baru CSL dan akan bermula dari bawah."