Walaupun kemenangan dicipta melalui jaringan tunggal oleh Marcinho itu sebenarnya tidak membuatkan pengendali Kawasaki Frontale, Toru Oniki tidak boleh duduk diam apbila berhadapan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Kumpulan I, Piala Juara-juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.
Juara bertahan Liga Super sembilan kali berturut-turut itu telah memberikan saingan yang hebat kepada kelab dari Matahari Terbit berkenaan. Kita semua boleh lihat bagaimana tekanan demi tekanan diberikan oleh penyerang Harimau Selatan seperti Arif Aiman Hanapi dan Bergson da Silva.
Dengan empat belas percubaan serta empat percubaan tepat membuktikan telahan Toru Oniki adalah benar.
Kali ini Harimau Selatan mampu memberi saingan yang luar biasa berbanding pada musim lalu.
Biarpun mengetengahkan formasi 4-3-3 tidak seperti biasa yang diguna pakai Esteban Scolari iaitu 4-2-3-1, namun ia tidak memberi sebarang masalah kepada anak didiknya kerana masih mengekalkan falsafah bola sepak JDT dengan melakukan tekanan awal untuk memulakan bertahan. Ia bagi tujuan memenangi bola dengan pantas mencipta banyak hantaran-hantaran pendek.
Atas faktor itu juga penulis boleh melihat bagaimana pertahanan kiri Kawasaki Frontale, Kyohei Noborizato, terpaksa berkerja keras untuk menyekat kelincahan Arif Aiman yang beberapa kali melepasi halangannya dan melakukan percubaan tepat cuma tidak berhasil menewaskan Jung Sung-ryong.
Peranan yang dimainkan Matthew Davies dan Corbin Ong sebagai ‘wing back’ juga banyak memainkan peranan dalam menyerang selain bertahan. Begitu juga dengan Juan Muniz, Hong Wan dan Afiq Fazail yang kerap merencanakan gerakan kreatif.
Cuma sedikit kealpaan daripada Muniz yang tidak mengekori larian ke dalam kawasan penalti oleh Tatsuki Seko itu membuatkan situasi kelam-kabut.
Penjaga gol, Syihan Hazmi Mohamed, juga gagal baca dengan tepat hantaran lintang yang berjaya dilakukan lawan dan ia memberi ruang kepada Marcinho untuk melakukan jaringan.
Secara keseluruhannya Johor Darul Ta’zim boleh berbangga dengan prestasinya kerana berjaya membuka mata lawan-lawan mereka.
Inilah yang sebenarnya di tunggu-tunggu oleh semua pencinta bola sepak Malaysia untuk melihat kebangkitan kelab-kelab tanah air memberi saingan dalam pertandingan lebih kompetitif, seterusnya meningkatkan martabat bola sepak negara.