KASHIMA ANTLERS 2 JDT 1
Pendatang baru Liga Juara-Juara Asia (ACL), Johor Darul Ta'zim (JDT), menghadirkan cabaran terpuji sebelum tewas secara bermaruah 1-2 kepada juara bertahan, Kashima Antlers, di Stadium Kashima, sebentar tadi.
Di sebalik tidak diletakkan harapan besar untuk melakukan kejutan, juara Liga Super Malaysia lima musim berturut-turut itu bangkit untuk memberikan cabaran dalam separuh masa kedua bagi menyekat juara Liga-J sebanyak lapan kali itu daripada mengukir kemenangan lebih selesa.
Kashima, yang menurunkan tujuh pemain di bawah usia 23 tahun, dikerah berpuas hati dengan margin satu gol dalam aksi pembukaan Kumpulan E saingan ACL 2019 itu.
Ketika Ignacio 'Natxo' Insa masih belum berada di tahap terbaik, pengendali JDT, Benjamin Mora, terpaksa menggunakan Afiq Fazail untuk digandingkan dengan Hariss Harun dan Syafiq Ahmad.
Di sebalik perbezaan umur yang ketara di antara kedua-dua pasukan, wakil Jepun itu mendominasi JDT sejak awal permainan.
Aksi gugup mulanya jelas dipamerkan JDT, terutama menerusi penjaga gol, Farizal Marlias, yang melakukan kekasaran ke atas Takeshi Kanamori dan hampir menghukum pasukan pada minit ketiga.
Diogo Luis Santo menggunakan peluang terbaik bagi meningkatkan semangat JDT apabila melakukan sepakan gunting pada minit kesembilan tetapi Kwoun Sun-tae berada di kedudukan terbaik untuk menampan percubaan penyerang itu.
Kashima diberikan sepakan penalti pada minit ke-14 selepas Farizal menjatuhkan Serginho, namun penjaga gol skuad kebangsaan Malaysia itu menebus kesilapannya apabila bijak meneka haluan bola bagi memastikan kedudukan kekal 0-0.
Ketika segalanya berjalan lancar buat JDT yang mahu mengakhiri separuh masa pertama tanpa dibolosi, hantaran silang Taiki Hirato gagal ditampan mana-mana pemain sebelum bola melantun masuk ke dalam gawang JDT.
Kashima mempamerkan corak permainan yang lebih agresif sejurus perlawanan bersambung dalam babak kedua.
Tekanan yang dipamerkan memaksa Farizal untuk menampan dua percubaan pantas daripada Takeshi Kanamori dan Serginho.
Berikutnya, kesilapan yang dilakukan oleh Adam Nor Azlin hampir membuka ruang buat Serginho tetapi dia berjaya menutup ruang bagi mengelak pemain kelahiran Brazil itu daripada melakukan jaringan.
Begitupun, ia a tidak mematahkan semangat pemain berusia 23 tahun itu apabila mengutip bola daripada La'Vere Corbin-Ong pada minit ke-56 sebelum melepaskan rembatan lencong jarak jauh yang tidak dapat dicapai Farizal untuk membenarkan Kashima mendahului dengan dua jaringan tanpa balas.
Gonzalo Cabrera yang sering menjadi penyerang yang meledak jaringan buat JDT dalam saingan Liga Malaysia, kelihatan seperti tidak berada di atas padang sepanjang permainan.
Mora mengambil keputusan memasukkan Akhyar Rashid menggantikan Safawi Rasid dan dia berjaya mencipta impak apabila meraih sepakan percuma yang berjaya disempurnakan oleh Diogo Luis Santo, sekali gus merakamkan jaringan keempatnya dalam lima perlawanan.
Gol itu menyemarakkan semangat skuad Harimau Selatan itu untuk meningkatkan ikhtiar mencari gol penyamaan tapi kesuntukan masa dan tindakan tuan rumah berkampung di kawasan sendiri menjadi penghalang mereka.