Dalam tempoh 20 minit sahaja, Ulsan Hyundai telah berjaya meranapkan impian pencinta-pencinta bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila mendahului juara bertahan 10 kali berturut-turut Liga Super itu dengan mudah dan bersahaja.
Misi membalas dendam kepada anak didik Esteban Solari telah pun terbalas apabila musim lalu pasukan dari Korea Selatan itu telah ditundukkan oleh Harimau Selatan di laman mereka.
Apa yang menarik tentang perlawanan di antara kedua-dua pasukan itu bagi penulis ialah keinginan dalam perjuangan yang ditampilkan oleh kedua-dua pasukan.
Walaupun pada awalnya agak sukar untuk JDT menandingi tetapi akhirnya anak didik Scolari dapat meresap tekanan dan berjaya memberi saingan.
Namun, disebabkan kelincahan pemain sayap Ulsan, Gustav Lugwidson, memerangkap bijak pertahanan Harimau Selatan dan ini menunjukkan barisan kejurulatihan JDT perlu membuat analisis lebih mendalam tentang kekuatan setiap individu pemian lawan.
Lihat sahaja bagaiamana Matthew Davies yang gagal mengawal kelincahan Gustav Lugwidson hingga dia menjaringkan dua gol untuk menewaskan Harimau Selatan itu dengan selesa.
Jika pasukan kejurulatihan Esteban Solari dapat menganalisa kekuatan dan kelemahan lawan lebih awal, pasti gergasi bola sepak negara dapat mengawal dan mengunci pergerakkannya. Walaupun baru enam perlawanan bersama Ulsan Hyundai pada musim ini, namun pemain yang berasal dari Sweden itu telah membuktikan kehadirannya memberi impak yang besar.
Tetapi keputusan kekalahan kedua Harimau Selatan dalam kumpulan I saingan Liga Juara-juara Asia (ACL) ini sebenarnya tidak menutup peluang JDT untuk layak ke peringkat seterus kerana ada lagi tiga perlawanan yang akan dilalui.
Jika semua perlawanan berjaya dimenangi terutama dua di laman sendiri, ia akan membuka kembali peluang JDT.
Usaha keras dan kajian tetang kelemahan-kelemahan perlu diperbaiki segera.
Apa yang penting ketika ini anak didk Esteban Solari perlu terus fokus dan yakin dengan kemampuan diri mereka selain mencari kelemahan-kelemahan lawan supaya mereka dapat bangkit dan mencipta kemenangan nanti.