Pemain pertahanan terbaru Kuala Lumpur, Achmad Jufriyanto, bakal melakukan penampilan sulung buat skuad warga kota dalam aksi Liga Super berdepan Negeri Sembilan esok selepas menerima sijil perpindahan antarabangsa (ITC), hari ini.
Kegagalan untuk mendapatkan sijil itu daripada bekas kelabnya, Persib Bandung, memaksa Achmad untuk diketepikan daripada perlawanan sulung Liga Super menentang Selangor kelmarin.
Aksi yang berkesudahan Kuala Lumpur tewas 2-0 dalam pertembungan 'derby' Lembah Klang itu membuat Achmad kecewa kerana tidak dapat membantu pasukannya tetapi kekal optimis untuk mencipta keputusan yang baik dalam aksi seterusnya.
"Saya akhirnya dapat beraksi bersama pasukan Kuala Lumpur. Saya tidak sabar menghadapi perlawanan ini dan mahu memberikan yang terbaik ketika berdepan Negeri Sembilan," katanya.
Pengendali pasukan, Fabio Maciel, menyambut baik kehadiran Achmad yang dilihat mampu meningkatkan mutu permainan The City Boys.
"Achmad merupakan seorang pemain berkualiti seperti yang dapat dilihat dalam latihan. Kami sangat bertuah memiliki pemain sepertinya," kata Maciel.