Skip to main content

Bola Sepak

AC Milan berang terjahan De Paul punca De Sciglio direhatkan

ac-milan-fury-compounded-as-de-paul-tackle-leaves-de-sciglio-sidelined.jpg
AC Milan mengesahkan bahawa Mattia De Sciglio menghadapi tempoh di luar padang akibat kecederaan ligamen buku lali yang dialami ketika menentang Udinese, sekali gus mencetuskan kemarahan jurulatih, Vincenzo Montella.

Pertahanan berkenaan mengalami kecederaan selepas diterjah keras Rodrigo De Paul dalam kekalahan 2-1 kepada Udinese, Ahad lalu, dan terpaksa meninggalkan padang tidak lama selepas insiden itu.

Montella menyelar keputusan pengadil yang hanya melayangkan kad kuning kepada penyerang Udinese itu, malah kekecewaan Milan berganda apabila De Paul muncul penjaring gol kemenangan.

Laporan di Itali mendakwa bahawa De Sciglio mungkin direhatkan untuk beberapa minggu dan walaupun Milan enggan menjelaskan tempoh pemulihan, mereka mengesahkan ujian lanjut diperlukan untuk menentukan sejauh mana tahap kecederaan itu.

De Sciglio mempamerkan prestasi baik di bawah pimpinan Montella musim ini dan membuat 19 penampilan dalam pelbagai pertandingan.

Milan kini lapan mata di belakang tempat Liga Juara-Juara Eropah dalam Serie A dan memiliki satu perlawanan dalam tangan berbanding sebahagian besar pasukan di atasnya.

Advertisement

Must Watch Video