Skip to main content

Bola Sepak

Abu Bakar tuntut anak buah kekal momentum kemenangan

270117-pknp-fc.jpg
Kejayaan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) menewaskan Kuantan FC 2-0 dalam saingan Liga Perdana di Stadium Perak semalam, melegakan jurulatihnya, Abu Bakar Fadzim. 

Kemenangan itu hasil daripada sentuhan penyudah Gilberto Valdenesio yang menjaringkan dua gol untuk PKNP pada minit ke-46 dan 55.

Abu Bakar berharap pasukannya mengekalkan mometum kemenangan itu kerana saingan masih terlalu awal.

"Objektif mendapat tiga mata penuh di laman sendiri berjaya dicapai. Cuma kami perlu mengekalkan mutu permainan kerana akan berhadapan lawan kuat, iaitu Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur pada 3 dan 10 Februari.

"Malam ini secara dasarnya pemain tempatan dan import berjaya mencabar diri sendiri dan membuktikannya," ujarnya.

270117 pknp fc 2


Advertisement

Must Watch Video