Skip to main content

Bola Sepak

Abbiati gesa Donnarumma kekal di San Siro

donnaruma.jpg
Christian Abbiati mengharapkan agar Gianluigi Donnarumma terus kekal bersama AC Milan selepas timbul laporan bahawa pemain itu bakal menandatangani pembaharuan kontrak .

Laporan di Itali mencadangkan bahawa pemain berusia 18 tahun itu telah bersetuju untuk menandatangani kontrak lanjutan lima tahun bernilai €4.5juta (RM21 juta).

Abbiati percaya penjaga gol semakin meningkat naik itu akan menampakkan peningkatan sekiranya kekal di San Siro meskipun wujud minat daripada Manchester United dan Real Madrid.

"Pemain itu mahu kekal dan sekarang ini pihak kelab dan ejennya perlu memutuskan masa depannya," ujar Abbiati, yang telah dinamakan pengurus pasukan Milan, hari ini.

"Saya berharap dia akan kekal, penyokong menyayanginya dan dia juga telah membuktikan kehebatan dalam tempoh satu setengah tahun ini.

"Walaupun masih muda, dia sudah pun menampakkan kualiti. Dia masih ada banyak ruang untuk diperbaiki kerana dia masih muda."

Sementara itu, Abbiati enggan mengulas lanjut mengenai laporan bahawa Milan akan membawa masuk pemain tengah Argentina, Lucas Biglia, daripada Lazio.

"Saya tidak tahu. Apa yang saya boleh katakan, kami perlukan pemain yang bagus di Milan," tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video