AC Milan mengumumkan bekas penjaga gol kelab itu, Christian Abbiati, telah dilantik sebagai pengurus pasukan di San Siro.
Abbiati menghabiskan 15 musim sebagai pemain Milan sebelum mengumumkan persaraan pada hujung musim 2015-16.
Dalam satu kenyataan, Milan menjelaskan bahawa Abbiati akan bertindak sebagai orang tengah di antara skuad kendalian Vincenzo Montella dan pemilik kelab, Sino-Europe Sports, yang mengambil alih kelab itu April lalu.
"Dia akan melaporkan diri secara terus kepada Pengarah Teknikal, Massimiliano Mirabelli, dan akan bertindak sebagai orang tengah."
Persiapan bagi musim baru berjalan dengan rancak di Milan, dengan Montella telah pun menandatangani pembaharuan kontrak di samping kelab itu mengumumkan pembelian keempat -- Andre Silva daripada FC Porto -- Isnin lalu.
Pemain itu akan menyertai Mateo Musacchio, Franck Kessie dan bek kiri, Ricardo Rodriguez di San Siro.
Abbiati berkata Milan membuktikan mereka bakal bangkit musim ini selepas kelab itu membuat pembelian awal.
"Sasaran utama kami adalah Liga Juara-Juara Eropah," Abbiati memberitahu Mediaset Premium.
"Kami akan melakukan segala-galanya nya untuk menduduki kelompok empat terbaik liga musim ini."