Skip to main content

Bola Sepak

4 tahun di luar negara, Luqman Hakim akhirnya buka mulut

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

luqman.jpg
"Saya tidak akan balik selagi tidak berjaya di luar negara," kata penyerang negara, Luqman Hakim Shamsudin, empat tahun lalu.

Demi ayat keramat itu, Luqman Hakim memilih untuk meletakkan karier sebagai keutamaan.

Usaha untuk menjadi pemain bola sepak disegani bersulam dengan jatuh bangun sehingga pemain berusia 23 tahun itu akhirnya terpaksa melanggar janji keramatnya.

Buat kali pertama, graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu bakal berkaksi dalam Liga Malaysia kerana satu sebab yang tidak mampu dibantah mana-mana individu.

Negeri Sembilan menjadi destinasinya demi melunaskan hasrat besar Almarhum bapanya, Shamsuddin Mahmud

Berkelana di luar negara selama 4 tahun, pencarian Luqman Haqim terhenti pada 3 November 2024 apabila menerima perkhabaran duka, bapanya menghembuskan nafas terakhir kerana serangan jantung.

Dua bulan dia hilang pertimbangan. Tidak mahu perkara yang sama berulang, Negeri Sembilan menjadi persinggahan pertamanya di pentas Liga Super untuk kembali membina namanya yang kian dilupakan.

"Pengajaran saya hanya satu, saya terlampau sibuk bermain di Jepun sehingga saya tidak dapat membuat panggilan video seminggu sebelum dia (bapa) meninggal dunia," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Saya cuma menghantar pesanan kepada ibu saya, jadi selama seminggu itu saya tidak melihat wajah ayah sehingga dia meninggal dunia.

"Saya membawanya sebagai semangat baru buat saya untuk menunjukkan kepada ayah saya, yang sentiasa mahu melihat saya berjaya. Selain itu, ia untuk karier saya sendiri.

"Dia tahu saya kuat, dia tahu saya boleh menjadi seorang pemain bola sepak yang berjaya dan hebat," katanya.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video