Skip to main content

Bola Sepak

368 hari berlalu, ini kronologi kes Faisal Halim disimbah asid

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faisal.jpg
Setahun berlalu membabitkan pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim yang disimbah asid dan ini adalah kronologi insiden hitam melanda pemain itu.

5 Mei 2024

Faisal dilaporkan disimbah asid di sebuah pusat membeli-belah di ibu kota.

6 Mei 2024

Faisal disahkan mengalami kecederaan lecur tahap empat dan perlu menjalani beberapa siri pembedahan

6 Mei 2024

PDRM dilaporkan memberkas seorang lelaki untuk siasatan kejadian bagi kes Faisal

7 Mei 2024

PDRM dilaporkan menangkap seorang lagi suspek berhubung kes itu dan direman lima hari

7 Mei 2024

Suspek pertama dilaporkan dibebaskan kerana tiada kaitan

11 Mei 2024

Suspek kedua dilaporkan dibebaskan dengan jaminan polis

19 Mei 2024

PDRM edarkan lakaran wajah atau fotofit suspek dipercayai terbabit kes Faisal Halim

20 Mei 2024

Faisal menjalani pembedahan terakhir membabitkan proses 'split skin grafting' (SSG)

25 Mei 2024

Faisal dibenarkan keluar dari hospital

10 Ogos 2024

Faisal tampil buat kali pertama sebagai pemain gantian Selangor FC (SFC) menentang Kelantan Darul Naim (KDN) FC

25 November 2024

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dimaklumkan kes Faisal diambil alih Unit Siasatan Terkelas Bukit Aman

9 Mac 2025

Faisal menjaringkan hatrik ketika menentang KDN FC

25 Mac 2025

Faisal diturunkan ketika aksi Kelayakan Piala Dunia 2027 menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim

8 Mei 2025

Peguam kepada Faisal Halim mengesahkan kes serangan asid membabitkan pemain itu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) oleh Jabatan Peguam Negara (AGC)

 

Advertisement

Must Watch Video