Pihak penganjur Sukan Olimpik Tokyo 2020 menyediakan pelan kecemasan pada minggu terakhir temasya itu seandainya ribut tropika melanda dan memaksa perubahan jadual beberapa acara.
Angkin kuat dan hujan lebat dijangka membadai pantai timur Jepun, sama ada secara terus atau berhampiran kawasan itu.
Setakat yang diketahui, pusingan akhir acara golf wanita mungkin dipinda daripada esok kepada hujung minggu ini seandainya keadaan tidak mengizinkan.
Jurucakap jawatakuasa penganjur temasya itu, Masa Takaya, berkata: "Pada tahap dan ketika ini, kami hanya memantau rapat situasi semasa."
Menjawab soalan dalam sidang media, dia kemudian berkata: "Sudah pasti jawatankuasa penganjur sedang melakukan persiapan terhadap sebarang perkara tidak diingini tetapi saya tidak fikir ia sesuatu yang sesuai untuk kami memberitahu anda apa yang jawatankuasa penganjur sedang laukan bagi menghadapi sebarang perkara yang tidak diingini itu kerana ia akan menimbulkan spekulasi dalam kalangan anda.
"Kami memberikan anda gambaran menenai amaran berkenaan situasi ini."
Takaya menambah: "Berdasarkan keadaan semasa ribut itu, ia dikategorikan sebagai ribut tropika dan bukannya taufan."