EURO 2024
EURO 2024: Sepanyol-Brazil sama kuat
SEPANYOL 3 BRAZIL 3
Pemain tengah West Ham United Lucas Paqueta muncul individu penting bagi menjaringkan penalti lewat permainan ketika Brazil seri 3-3 dengan Sepanyol dalam perlawanan persahabatan di Bernabeu, Real Madrid.
Pengurus Sepanyol Luis de la Fuente masih berkira-kira untuk membuat keputusan mengenai beberapa panggilan penting untuk skuad negaranya ke Euro 2024.? ¡¡?????, ?????, ????????? ?? ??????!!?? ¡¡ORGULLOSOS DE VOSOTROS, EQUIPOOOOO!!Que este último gol de penalti no empañe el PARTIDAZO que hemos hecho.¡¡#VamosEspaña!!?? ? ?? | 3-3 | 96’#EURO2024 pic.twitter.com/nhRPpKdudg— Selección Española Masculina de Fútbol (@SEFutbol) March 26, 2024
La Roja telah mengalami permulaan yang mengecewakan bermula 2024 selepas memulakan kempen ke kelayakan untuk kejohanan pada November.
Iklan
Kekalahan kepada Colombia disusuli dengan keputusan seri 3-3 dilaman sendiri, menentang Brazil di Madrid di mana Sepanyol memulakan 2024 tanpa kemenangan.
De la Fuente melakukan 10 pertukaran di permulaan antara dua perlawanan dan dia masih menilai pilihannya menjelang sepak mula sebetulnya di Jerman pada bulan Jun.
Majoriti kesebelasan utama de la Fuente sudah pun ditetapkan dengan bintang Barcelona Pedri bersedia untuk kembali ke bahagian tengahnya menjelang pertandingan.
Rakan sepasukannya di Barcelona, Lamine Yamal telah dikerah untuk ke barisan hadapan dalam fikiran de la Fuente tetapi panggilan lain tidak dapat diselesaikan pada peringkat ini.
“Kami telah belajar dan membuat kesimpulan positif daripada perlawanan Brazil. Kami berakhir dengan keputusan terbaik dan merasakan kami boleh pergi jauh sebagai satu pasukan,” menurut laporan daripada Marca.
“Lamine Yamal mempunyai persembahan yang cemerlang, tetapi kami perlu berhati-hati. Dia melakukan apa yang kita minta untuk pasukan.
“Kami mempunyai pemain bertaraf dunia yang menjadikan pasukan ini menarik dan melangkaui jangkaan.
"Persembahan ini menyukarkan tugas saya, kerana terdapat banyak pilihan, dan itu sangat bagus."
Sepanyol hanya mempunyai satu perlawanan persahabatan sebelum Euro 2024 bermula pada 14 Jun ketika mereka menentang Andorra minggu sebelumnya.
Must-Watch Video