ECUADOR 0 ITALI 2
Ketua jurulatih Itali, Luciano Spalletti memberi bayangan bahawa kebanyakan pemain yang dalam jelajah di Amerika Syarikat (AS) ketika ini hampir pasti akan terpilih untuk kempen Euro 2024.
Gol daripada Lorenzo Pellegrini dan Nicolo Barella memberi inspirasi kemenangan 2-1 ke atas Ecuador di New Jersey, sebentar tadi, beberapa hari selepas kemenangan 2-1 menentang Venezuela.
Kemenangan menentang pasukan Amerika Selatan itu menjadi permulaan yang sempurna buat persiapan skuad Azzurri untuk menghadapi kejohanan yang akan datang.
Spalletti memuji usaha pasukannya di Arena Red Bull itu sambil menegaskan sebahagian besar pemain untuk panggilan kali ini akan mewakili Itali di Jerman musim panas ini.
“Kadang-kadang, apabila saya mendengar ulasan perlawanan, ia kedengaran seolah-olah kemenangan Itali diremehkan tetapi hakikatnya tidak begitu.
"Kita sedar bahawa ramai daripada pemain ini akan menjadi sebahagian daripada panggilan ke pusingan akhir,” kata bekas pengurus Napoli itu kepada TMW.
Kemenangan hari Ahad memanjangkan rekod tanpa kalah Itali kepada empat perlawanan dan meletakkan mereka di landasan terbaik untuk perlawanan persediaan terakhir menentang Bosnia & Herzegovina dan Turkiye.

Victory in the Big Apple! ??#ECUITA #Azzurri #VivoAzzurro pic.twitter.com/hLlni9YGtJ
— Italy ⭐️⭐️⭐️⭐️ (@Azzurri_En) March 24, 2024