Kadar denyutan jantung Cristiano Ronaldo telah direkodkan ketika Portugal melakar kemenangan ke atas Slovenia -- dan keputusannya sangat menarik.

Slovenia mengheret Portugal ke penentuan penalti berikutan keputusan seri tanpa jaringan sehingga tamat 120 minit waktu permainan

Juara Euro 2016 itu melakar kemenangan 3-0 penentuan penalti, dengan Diogo Costa menjadi wira dengan hatrik menafikan percubaan lawan untuk membantu negaranya mara ke suku akhir.


Kapten Portugal, Ronaldo, memiliki peluang keemasan untuk melengkapkan kemenangan dalam masa tambahan apabila meraih sepakan penalti, hanya buat penjaga gol Slovenia, Jan Oblak, untuk mengejutkan dunia apabila menafikan percubaan legenda Manchester United itu.

Pemain berusia 39 tahun itu mengalirkan air mata selepas gagal melengkapkan penalti, mencetuskan perdebatan sama ada dia terlalu melayan emosinya.

Bagiamanapun, gelang Whoop yang dipakai Ronaldo menunjukkan dia menenangkan dirinya apabila saat penting.

Whoop merupakan peranti kecergasan untuk menilai waktu tidur, pemulihan, dan kesihatan.

Data yang dikumpul menerusi gelang Ronaldo menunjukkan dia memasuki keadaan aliran (flow state) -- keadaan mental di mana seseorang menumpukan sepenuhnya pada satu tugas atau aktiviti -- dengan menurunkan kadar denyutannya daripada 170 bpm kepada kurang daripada 110 bpm sepanjang penentuan sepakan penalti.

Graf menunjukkan kadar denyutan jantungnya paling tinggi apabila wisel penamat masa tambahan.

Tetapi apabila tiba gilirannya untuk mengambil sepakan penalti, degupan jantungnya berada pada tahap paling rendah, naik semula selepas dia melengkapkan jaringan.

Tidak mengejutkan, degupan jantung Ronaldo kembali meningkat apabila pasukannya melakar kemenangan selepas penalti Bernardo Silva.