Roberto Mancini berkata Itali mampu memenangi Kejohanan Euro walaupun pusingan akhir itu dijangka akan diadakan pada 2021 berikutan penularan pandemik koronavirus baru (Covid-19).
Persatuan Bolasepak Eropah (UEFA) dijangka mengadakan sidang kemuncak kritikal esok untuk membincangkan sama ada pusingan akhir kejohanan itu patut diteruskan pada Jun dan Julai depan atau ditunda seperti yang diseru Presiden Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC), Gabriele Gravina.
Itali merupakan salah sebuah negara yang paling teruk terjejas oleh wabak itu dan seluruh pemain kelab Serie A hanya menjalani latihan di rumah atau diarahkan supaya mengasingkan diri.
Perancangan Azzurri yang sepatutnya menghadapi England dan Jerman bagi perlawanan ujian juga terbantut namun pengurus, Mancini, menganggap bola sepak bukan keutamaannya ketika ini dengan memberitahu Rai Sport: "Saya tidak tahu bagaimana ia akan berakhir, tetapi tidak sangsi lagi ada perkara yang lebih penting daripada Euro 2020.
"Jika mereka menangguhkan kejohanan, kami masih boleh memenanginya dalam tempoh setahun. Yang penting adalah kesihatan semua orang selain kita semua boleh kembali ke stadium dan menikmati perlawanan.
"Melihat kematian dalam tempoh beberapa hari terakhir ini amat menyakitkan."
Itali memenangi kesemua 10 perlawanan kelayakan Euro termasuk membelasah Armenia 9-1.
Mancini berkata dia sudah pun mempunyai skuad pilihannya untuk menghadapi pusingan akhir tetapi sedia menilai semula rancangannya jika kejohanan itu ditangguhkan.
"Saya sudah pun mempunyai senarai nama untuk dipanggil," katanya. "Ia sudah tersedia tetapi hanya akan timbul sedikit keraguan untuk membuat keputusan pada saat-saat akhir.
"Bagaimanapun, jika Euro ditangguhkan selama setahun, akan ada sedikit perubahan.
"Kami perlu menunggu hingga esok untuk mengetahui sekiranya UEFA akan memutuskan sama ada akan menangguhkan Euro 2020 atau tidak. Masalah yang kami alami di Itali dalam 15 hari terakhir ini akan menjadi ukuran kepada negara lain."

#Azzurri ??
— Italy (@azzurri) March 14, 2020
The #DFB ?? announces the cancellation of the friendly match between #Germany and #Italy in #Nuremberg
? https://t.co/nlD8FMmUoT
Following the city's ban on events of more than 100 people, the game will no longer go ahead#VivoAzzurro pic.twitter.com/OIZjRN7n1d